Skip to main content

Salam Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1442H/2020M



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahuwataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Credit: Wikipedia

Comments

Popular posts from this blog

Jam Pintar berbentuk petak seakan semua mahu meniru Apple Watch

  Semua tahu jenama apple bukan la jenama yang kaleng-kaleng. Banyak syarikat teknologi telefon pintar kini sudah menceburkan diri dalam bidang smart wacth. Baru-baru ini apple melancarkan iphone 12. Jom kita tengok space jam pintar ini. 1.Realme Watch Harga realme Watch ini agak berbaloi jika membelinya kerana fungsinya sama seperti jam tangan pintar yang berharga ribuan ringgit. Ini antara fungsi menarik pada Realme Watch   Menjawab panggilan Fokus terhadap kesihatan seperti denyutan nadi, memantau kalori, dan lain-lain Memiliki 14 mod sukan berbeza Menerima notifikasi media sosial dari telefon Kalis air dan debu Boleh mengawal muzik dan kamera Skrin sentuh berwarna Selain itu juga, ia memiliki skrin 1.4-inci berwarna dan beresolusi 320×320 pixels.Jam ini adalah touch screen. Pilihan warna pula adalah Black, Green, Red dan Blue. Fungsi 'raise to wake' juga cukup membantu di mana anda hanya perlu mengangkat pergelangan tangan to mengaktifkan jam. Realme Watch ini bo...

Koleksi gambar Harimau yang Comel

 Seperti manusia, harimau pun boleh senyum dan sedih. Mari kita tengok koleksi gambar harimau ini. Sumber: Media Sosial

Perbandingan umur kucing dengan manusia

Gambar Media Sosial  Perbandingan umur kucing dengan manusia. Tahukah anda umur kucing bukanlah panjang sangat, jika kucing itu berusia 2 tahun ianya bersamaan dengan umur manusia 24 tahun. Jika anda bela kucing dari kecil sampai laa umur anda 15 tahun, tandanya kucing anda itu sudah golongan warna emas.